1) KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa (normal) adalah kurniaan Allah iaitu kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi.Kulit jenis ini adalah licin,lembut & lembap apabila disentuh.Keadaan pori2 kulit adalah sekata & halus.Warna kulit nampak sihat & berseri.Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih & gebu.Kadangkala kulit sebegini akan bertukar bergantung pd penjagaan ,jenis produk yg digunakan,keadaan persekitaran & juga hormon.
Masalah biasa yg mungkin dihadapi :
- kalenjar myk yg tdk sekata
- muka kering
- jeragat(pigmentasi)
- whitehead(milia seed)
2) KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak/lembap atau kedua2nya sekali.Keadaan ini disebabkan oleh kalenjar minyak yg kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air-conditioner ),pembersih muka yg beralkali tinggi (sabun mandi yg buih berlebihan ),kurang minum air dan ubat-ubatan (supliment)
Masalah yg mungkin dihadapi :
- kedut/garis2 halus
- bintik2 hitam
- whitehead
- hitam disekeliling mata
- jeragat
- keseluruhan muka kering & kusam
p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk,dan halakan ke arah hidung scra perlahan & lembut,jika terdpt garis2 mnunjukkan kulit anda adalah kering & perlu diberi perhatian.Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat.
3) KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dgn pori2 terbuka.Ia berkemungkinan bermasalah jerawat kerana kalenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yg berlebihan pd permukaan kulit.Di samping itu faktor hormon(remaja),cuaca yg panas & mknn yg berlemak tinggi juga blh mnyebabkan kulit berminyak.Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.
Masalah yg mungkin dihadapi :
- Blackhead
- Jerawat
- Pori2 terbuka
- Parut
- Keseluruhan muka berminyak
4)KULIT BERMASALAH
Kulit jenis ini mempunyai ciri yg lebih kurang sama dgn kulit berminyak iaitu kalenjar minyak terlalu aktif.Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan.Jerawat terjadi apabila pori2 yg mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.Inilah yg menyebabkan jerawat timbul.Oleh itu,pembersihan yg sempurna amat digalakkan.Hormon yg tdk seimbang ketika kedtgn haid mybbkan pertumbuhan jrwt dibhgian mulut,dagu & dahi-ianya hanya smntra waktu.
Masalah yg biasa dihadapi :
- Blackhead
- Jerawat
- Jerawat batu
- Pori2 terbuka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan